Something Else.: Drama Selepas SPM

Sunday, January 31, 2016

Drama Selepas SPM

Hello. Lama bebenor aku tak menaip kat sini kan. Sekali lagi, terlupa password. nasib baik boleh reset balik. Alhamdulillah. hihi. Kalau nak cerita pasal cita cita aku ni banyak. Memang banyak. Tapi, start macam aku betul betul mula serious mengenai masa depan ni aku nak jadi lawyer. hah lawyer kau!!! HAHAHAH. So, masa isi upu after spm tu memang aku target asasi law atau diploma ja. Tak nak pun pergi matrik tapi still apply matrik. Tupp tupp memang rezeki aku matrik. Seriously, memang kecewa habis sampai nak masuk stpm then sambung law.

Masalahnya, tawaran stpm pun aku tak dapat. Sedih sangat. Disebabkan masa tu aku kat plkn, ramai kawan kawan yang nak keluar then nak sambung diploma dan stpm ( matrik sikit je) lagi lah berkobar-kobar masa tu nak buat rayuan stpm. lepastu, satu satunya alasan aku boleh keluar dari PLKN (pelepasan awal) ni ialah aku kena terima tawaran matrik.Hmmm kenapa aku tak nak matrik? sebabnya aku rasa aku ni jenis tak boleh study dalam masa yang singkat. lagipun aku ni jenis relax relax sikit. HAHAHA

Tapi, mak aku suruh aku sambung matrik je sebab sapa suruh apply kan. Dah salah aku pulak. Ok aku pun cuba la. Masa minggu orientasi tu pun aku dah homesick weh. Memang dasar anak manja kan aku ni. Alahaiiii la. lepastu bermulalah kehidupan aku belajar di matrik. Result spm aku biase biase je. Dapat pulak modul 1. huhu lagilah aku stress sebabnya mostly budak budak modul 1 ni straight As, tak pun add math spm mostly A+.  Memang aku rasa down la sebab aku memang sejak azali lemah math ni. Time tu lah rasa nak tukar modul lah. nak tukar PDT (pengajian dua tahun) lah. Macam macam cabaran especially semester 1 la dengan lecterer biology aku tu macam urgggghhhh ( kalau ada mood nanti aku cerita) HAHAHAH sampai sekarang aku tak akan lupa. Tapi di sebabkan dia jugak la aku dapat A solid tau biology untuk kedua dua sem.

Bila dah nak final semester 1 tu baru aku tau cara study yang betul especially kat matrik la sebab memang jenis laju gila silibus yang diajar tu. Dan masa ni la aku tau erti belajar yang sebenar. Ok baru aku sedar zaman sekolah dulu rasa study main main sangat tau. Masa ni lah rasa best jugak stay asrama sebab ada kawan yang boleh tolong kita, belajar sesama suma. Bila masuk semester 2 dan dah tau result semester sebelum ni, aim aku nak sambung study dalam teknologi makanan. rasa macam mustahil je nak apply optometric ni  ( semester 1 minat optometric) ditambah lagi dengan semester 2 fizik belajar optik pun macam tak minat je kan.

Lecturer biology aku masa semester 2, Sir syakir ada cakap "kenapa budak budak matrik ni especially yang dapat 4 flat je mesti aim doktor. Tak doktor, mesti farmasi. Tak farmasi mesti engineering. Mesti tiga tu je lah. Try la apply geology ke". Lepastu dia pun cerita lah kalaulah dia tau geology masa study dulu mesti dia pilih bidang tu. dia cakap memang interesting ( dulu dia 4 flat then minat medik tapi tak lepas). Masa tu aku macam geology tu apa? macam penah dengar. Then mula mula aku teringat masa aku baru masuk matrik dulu, abang aku ada cakap " hang skor elok elok nanti amik geology. Serious best" 

Masa abang aku cakap tu memang dengar tak dengar lah pasal geology tu. Lepas Sir Syakir cakap  pasal geology ni aku terus buat research. Hmmm macam menarik. Dia more to outdoor sebab banyak kena pergi fieldwork (apa yang kita belajar teori kita akan nampak bila pergi field ni). Seriously aku tak pernah pun sebelum ni join camping ke apa. Tapi dalam diri aku ni ada jugak la teringin tu. Lagipun aku jenis tak suka belajar benda yang sama. Geology ni totally something yang bukan yang aku penah belajar. Lebih kurang macam tu lah. Tapi still berkait dengan kimia dan fizik sebab nanti akan belajar subjek geokimia dan geofizikk. biologi pun ada related jugak tapi sikit je. 

Aku pun isi geologi (ukm, umk, ums) dan teknologi makanan ( uitm)  dalam upu. Ada la jugak apply ump, unimap. dan tak lupa jugak apply uum  (backup plan) Yelah, takut lah nanti pisang berbuah dua kali kan sebab masa lepas spm kemain apply kos hebat hebat tapi tak dapat. HAHAHAH. Dan of course la tak nak dapat kos lelong ( kos yang kita tak apply dalam upu) . Dan  rezeki aku memang geologi. Tapi kalau di umk dipanggil geosains.

Satu je aku nak cakap, bila kita buat benda yang kita minat benda tu akan jadi lebih mudah. Tapi tidak lerrr tak susah langsung. Cabaran tu mesti la ada tapi lebih mudah  berbanding kita buat benda yang kita tak minat. Contohnya aku memang tak nak masuk matrik. Dan memang aku rasa susah sangat la matrik tu. Lama jugak la aku nak adapt dengan environment pembelajaran kat matrik. Tapi alhamdulilah.... Sebab aku berjaya mengharungi dan aku tak penah menyesal memilih matrik. Seriously rindu sangat life kat matrik.

2 comments:

Sya said...

Selalunya klu stpm tu, org yg dpt twrn stpm selalunya yg x dpt matriks / upu.. Tp boleh je nak dftar kat skolah nk ambik stpm. Tp okay apa matriks, (saya asasi tp jeles dgn budak matriks kekadang sbb korg bebas nak pergi tmpt lain & byk pilihan). Apapun, teruskan cita2!

syahirah said...

betul tu. memang cadang nak buat rayuan stpm ja. tapi ramai kawan pujuk suruh pergi matrik. huhu. tak payahn jeles sbb asasi elaun lagi banyk.hahhaha