Something Else.: Sofware Recuva

Friday, September 9, 2011

Sofware Recuva

awal bulan julai camtu, macam biasa aku transfer pictures dari henset ke computer dan save kat folder yang memang khas untuk koleksi picture aku ni.


pastu macam biasalah bila dah transfer aku mesti check balik mana picture yang tak berkenan di hati aku memang delete terus. pastu, aku ni memang tak senang duduk tengok recycle bin tu tak kosong. macam mana ntah folder picture aku tu aku tertekan delete pastu aku terus pi recycle bin tekan empty reycle bin terus.


kebetulan, folder aku tu memang betul-betul bersebelahan dengan recycle bin tu. hish memang rasa nak hentuk kepala kat dinding pastu nak menangis, nak marah-marah semua la. dah la dalam folder tu memang banyak kot picture kenangan dulu-dulu. haih tetiba boleh terdelete begitu saja?


lepastu aku pun dengan gigihnya mencari sofware kat internet untuk dapatkan balik folder tu. kebanyakkannya memang kena beli online pastu dah la mahai gila babisss. lagi la aku rasa nak teriak weh. pastu aku search untuk cubaan yang terakhir. aku bertekad kalau tak jumpa jugak memang nak kena tanya abang aku
cari punya cari and yess aku jumpa satu sofware ni. dan yang paling besttnyaaaaa kena download je. takpayah buang duit beli sofware. hikhikhik.


aku pun dowload. pastu try la guna kan. mula-mula tu memang sikit ja file yang aku dapat. disebabkan aku dah mengantuk gila sebab jam pun dah pukul berapa pagi dah, aku pun tidor jelah. esok pagi try lagi. kali ni deep scan. tapi memang lambat jugak lah. sekali hang beribu-ribu file pictures yang ada. susah gila nak carik.


dan, alhamdulillah file yang hilang tu ditemui semula. fuhhhh...


so sekarang aku nak bagitau pasal sofware tu la. kan entri sebelum ni aku ada cakap nak cerita pasal satu sofware kan? lets start...


sofware ni nama recuva. memang khas untuk cari files yang terdelete disebabkan tak sengaja atau sebab virus. tapi kalau  aku ni memang cari masalah sungguh :')


lepas download, click je pastu dia keluar macam ni. boleh pilih nak cari file apa. picture ke, video etc etc...



pastu pilih la files yang nak dicari tu hilang or delete kat file mana. pastu tekan next.
aku sarankan korang pilih deep scan.



sejak kejadian tu, memang recycle bin aku letak jauh terus. hihihihihi

harap sangat benda ni tak jadi dah kat aku. memang sofware ni membantu. tapi dia memang keluar file yang lama-lama dulu tu. susah la kan nak kena cari satu2. tapi aku cari je. terpakasa kan. nak seribu daya, tak nak seribu dalih.


kalau nak cari files yang dah berkurun-kurun tu rasanya tak dapat la. kalau baru sehari dua tu memang insyaallah dapat dijumpai :)

5 comments:

halidaRahman said...

mcm tau2 ja masalah I. kejap nak try. mintak2 jadikk :(

halidaRahman said...

knapa kena bayar nii ? awak pls hantar link yg awak download.

halidaRahman said...

stiill x dpt jugk sbb memory tu dah broken mybe :(

aimi said...

nk cri lh software nie :)

iera said...

halida rahman: sofware ni free je. cuma kena download. pastu terus boleh cari. kalau tak jumpa jgak file tu try bnayk kali sebab sy pun try berkali2 baru jumpa.
try link ni http://www.piriform.com/recuva

gud luck :)

aimi: try lah cari.